Iklan

Thursday, January 19, 2017

Asal Usul Adanya Manusia

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke
bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila
beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan
Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke
hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi.

Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih
sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan
bumi masih tidak berganjak, dan masing-masin kembali dengan tangan yang hampa.
Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: ”

Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi
bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan
bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan
menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan
akan tanahnya itu diambil.

Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke
hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :”Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan
mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau
mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh uma
manusia.

Lalu Allah berfirman lagi: “tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang
mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar,sakit dan
sebagainya.

Kata Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah otak manusia,dan disitulah
tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima
nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama
manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk
menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan
dan sebagainya.

13. Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan
kepada Tuhan.

Bagaimanakah prosesnya :

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir,
angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai
macam “sifat”.

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan
didalam “Alam Malakut”.

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan.Maka
sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangiwangian
dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah-Nya” iaitu sifat “Jalan dan
Jammal”.Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa
malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang
terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk,
akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya.
Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia,
terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal
warnanya hanyalah pada kuku manusia.

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya
adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan
rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan
letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang
hidung dan sebuah liang mulut.Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan
liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera :

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan
sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan
sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi
kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail
ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut
nyawa umat manusia.

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah uraturat
sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus
terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat
yang sedang menyaksikan kejadian dia.

Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih
dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia
bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap
Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.

Lalu Allah berkata: “Yarkhamukallah” yang ertinya: “semoga engkau diberi
rahmat Allah” Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap
“Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan “Yarkhamukallah”.
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun.

Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di
sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana
firman Allah SWT bermaksud :”Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa”.(Al-
Israk:II) Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi
perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar.

Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki
lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit
itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan
jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa
kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikatmalaikat
selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama
hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.
Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta
sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada
Allah-lah kita akan dikembalikan.”

0 komentar:

Post a Comment